#navbar-iframe{height:0px;visibility:hidden;display: none !important}
Maklumat Pengajian & Program Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin ... Sila klik Majlis Ilmu atau Program Dakwah...

Latar Belakang

Majlis pengajian berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dibimbing Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami.

Ustaz Azahar merupakan anak murid kepada Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Hadramaut, Yaman.

Nama Rahmatan Lil A'lamin diberi kepada jemaah Ustaz Azahar oleh Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.

Seperti gurunya, Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami giat menjalankan kerja-kerja dakwah dan mengadakan majlis ilmu, majlis zikir dan majlis mawlid. 



Kelas pengajian kitab Ustaz Azahar diadakan setiap hari Ahad pukul 9 pagi bertempat dirumahnya di Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.


Selain itu, kelas pengajian Ustaz Azahar juga turut diadakan di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Lembah Klang.





Al-Fadhil Ustaz Azahar bin Hashim Al-Hadrami berasal dari Slim River, Perak. Beliau sekarang berusia 48 tahun. Sekarang menetap di Subang Bestari dan sering mengadakan kelas pengajian kitab-kitab turath (Tauhid, Fekah dan Tasauf) di rumah beliau pada setiap hari Ahad bermula jam 9:00 pagi. Ahli jemaah beliau dikenali sebagai Majlis Ta’lim Rahmatan lil Álamin.


Beliau mendapat pendidikan awal di Slim River dan pada usia 18 tahun meneruskan pelajaran di Pondok Al-Misbahul Falah Lanai, Kg Bonggol Berangan, Parit Panjang, Kupang, Baling, Kedah Darul Aman di bawah asuhan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Solih dari tahun 1985 hingga 1988. Setelah itu beliau terus menyambung pengajian di Maahad Al-’Ulum Ad-Diniah Al-Islamiah, Bendang Badam, Pattani Darussalam di bawah bimbingan Tuan Guru Baba Abdullah.


Sekembalinya beliau dari Pattani, beliau telah bertugas sebagai  tenaga pengajar di Pondok Derang (Maahad Tarbiyyah Islamiah), Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Selepas itu beliau telah berangkat ke Tarim, Hadhramaut, Yaman untuk menimba ilmu dari barisan Ulama’ Salafus Soleh Ahlul Bait di Dar’al Mustofa di bawah kelolaan Al-Alamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz.



Sekembalinya beliau dari Tarim pada awal 2005, beliau bersama isteri dan lima anak beliau  telah berhijrah ke Selangor dan mula menyumbangkan ilmu dan berdakwah di seluruh pelusuk negeri. 

Di antara usaha terkini Ustaz Azahar adalah memperkenalkan kitab-kitab turath di media massa dan dengan kerjasama Khazanah Fathaniyah (yang diasaskan oleh Al-Marhum Tuan Guru  Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah Al-Fathoni) dan RTM; beliau telah terpilih untuk membahaskan Kitab Faridatul Faraid karangan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani untuk rancangan Ulama’ Turath yang insyaAllah telah disiarkan sebanyak 36 episod di RTM1.



Nota: Laman ini dikendalikan oleh ahli jemaah Rahmatan Lil A'lamin. Segala kemaskini kandungan ditadbir dan diuruskan oleh ahli-ahli yang diamanahkan.