#navbar-iframe{height:0px;visibility:hidden;display: none !important}
Maklumat Pengajian & Program Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin ... Sila klik Majlis Ilmu atau Program Dakwah...

Selasa, 19 Februari 2013

Pengajian Ilmu Secara Bersanad

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH TA'ALA kerana dengan limpah kurniaNYA maka Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin telah selesai program ziarah maulid di sekitar kawasan Lembah Klang pada tahun 2013 (1434H). Pihak Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin ingin mengucapkan setinggi perhargaan dan ucapan terima kasih kepada masjid-masjid dan surau-surau yang telah menjemput jemaah Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin untuk program atau majlis maulid yang dianjurkan.

Semoga majlis maulid yang dianjurkan ini dapat menambah dan meningkatkan kecintaan dan mahabbah Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama untuk terus memperbanyakkan selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad, Rasulullah SAW.


InsyaAllah, selepas ini Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin yang dibimbing oleh Al-fadhil Ustaz Azahar Bin Hashim Al-Hadrami akan meneruskan pengajian kitab secara bersanad.

Untuk maklumat lanjut jadual pengajian boleh dirujuk di laman dibawah ini.

http://majlisrahmatanlilalamin.blogspot.com/p/majlis-ilmu.html