#navbar-iframe{height:0px;visibility:hidden;display: none !important}
Maklumat Pengajian & Program Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin ... Sila klik Majlis Ilmu atau Program Dakwah...

Khamis, 29 September 2011

Ringkasan Riwayat Hidup Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

Ringkasan Riwayat Hidup Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad 

Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.

Al-Habib pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku”.

Walaupun Al-Habib (radhiAllahu ‘anhu) sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata “aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah ne’matnya kelazatan (al-uns) bersama dengan Allah”.

Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’. Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi. Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya “Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”

Rabu, 28 September 2011

PROGRAM DAN MAJLIS2 SEMPENA PERINGATAN KEWAFATAN IMAM AL-HADDAD


YANG KE-300 TAHUN DI MALAYSIA


Tahun 2001 telah dilangsungkan pertamakalinya secara umum dan rasmi Majlis Haul Imam-Al-Haddad sebagai memperingati peninggalan beliau serta memperkenalkan taburan ilmu bermanfaat dari tokoh ulama yang juga digelar Mujaddid (Penghidup Semula) Islam pada abad yang ke-12 ini.  Seterusnya berkembang Majlis2 Haul ini yang secara tetap dilangsungkan pada bulan Dhulqaedah setiap tahun sehingga sekarang yang mana dikelolakan dihampir setiap negeri dimerata Malaysia.  Semakin tambah para hadirin dan hadirat yang bersama kami dalam majlis-majlis ini.  Yang ketara ialah penambahan hadirin dari luar negara yang secara tidak langsung mendapat berita tentang majlis2 tahunan ini bermotivasikan pengenalan, kecintaan dan manfaat yang dialami dari Imam Al-Haddad sendiri.
InsyaAllah tahun ini, sejumlah 28 majlis-majlis Haul akan dekelolakan di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia mulai 29 September 2011 yang akan berakhir dengan Majlis Haul kemuncak pada Sabtu 8 Oktober 2011 di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam mulai jam 5 petang; dengan izin Allah s.w.t.  Al-Allamah Al-Habib Abubakr bin Ali Almashoor seorang tokoh ilmu dari kota Aden di Yaman diundang menyampaikan syarahan utama serta memberkati majlis kemuncak ini; selain dari para ulama’ tempatan serata nusantara.


JADUALPROGRAM DAN MAJLIS2 SEMPENA PERINGATAN KEWAFATAN IMAM



Tarikh
29 September, 2011
30 September, 2011
1 October, 2011
2 October, 2011
3 October, 2011
Hari
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
Isnin
Alor Setar (Masjid Al-Bukhary)
Kangar (Masjid Maahad Imam Nawawi, Kg Abi Padang Machang)
Pulau Pinang (Masjid Kapitan Keling)
Tempat
USJ9 (Masjid Al Falah)
Maran (Masjid Asyakirin)
atau
Kuala Terengganu (Madrasah Al-Hidayah, Batu Buruk)
Kuala Terengganu (Masjid Putih)
Cukai (Masjid Geliga)
Mersing (Masjid Bandar Mersing)
Bandar
Seremban (Masjid Bandar Baru Senawang)
Batu Pahat (Masjid Sultan)
Johor Baru (Masjid Wadi Hassan)
Miri (Masjid Darul Ehsan)
Kota Kinabalu (Masjid Bandaraya)
Tarikh
5 October, 2011
6 October, 2011
7 October, 2011
8 October, 2011
Hari
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Kota Baru (Masjid Mukim Mulong, Nilam Puri)
Kota Baru (Masjid Salor, Pasir Mas)
Shah Alam (Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah)
Tempat
Sandakan (Masjid Datuk Pengiran Galpam, Batu 7)
Tawau (Masjid Habib Abdulrahman Aledrus)
atau
Melaka (Maahad Baitul Qurra')
Kuala Lumpur (Masjid Baitulaman)
Bandar
Jenderam (Yayasan Al-jenderami)
Kuala Lumpur (Masjid Al-Bukhary)
Manjung, Perak (Masjid Alang Iskandar, Seri Manjung)
Kuantan (Masjid Sg Karang Darat)
Segamat (Masjid Jamek)
Tempat dan tarikh sudah dipastikan
Program Tambahan Seminar Pengenalan Cara Hidup BaAlawi (Jam 10:00 pg - 12:30 tgh)
Tempat dan tarikh sudah dipastikan
Peringatan: Dimaklumkan bahawa ada kemungkinan pertukaran berlaku atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan