YANG KE-300 TAHUN DI MALAYSIA
Tahun 2001 telah dilangsungkan pertamakalinya secara umum dan rasmi Majlis Haul Imam-Al-Haddad sebagai memperingati peninggalan beliau serta memperkenalkan taburan ilmu bermanfaat dari tokoh ulama yang juga digelar Mujaddid (Penghidup Semula) Islam pada abad yang ke-12 ini. Seterusnya berkembang Majlis2 Haul ini yang secara tetap dilangsungkan pada bulan Dhulqaedah setiap tahun sehingga sekarang yang mana dikelolakan dihampir setiap negeri dimerata Malaysia. Semakin tambah para hadirin dan hadirat yang bersama kami dalam majlis-majlis ini. Yang ketara ialah penambahan hadirin dari luar negara yang secara tidak langsung mendapat berita tentang majlis2 tahunan ini bermotivasikan pengenalan, kecintaan dan manfaat yang dialami dari Imam Al-Haddad sendiri.
InsyaAllah tahun ini, sejumlah 28 majlis-majlis Haul akan dekelolakan di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia mulai 29 September 2011 yang akan berakhir dengan Majlis Haul kemuncak pada Sabtu 8 Oktober 2011 di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam mulai jam 5 petang; dengan izin Allah s.w.t. Al-Allamah Al-Habib Abubakr bin Ali Almashoor seorang tokoh ilmu dari kota Aden di Yaman diundang menyampaikan syarahan utama serta memberkati majlis kemuncak ini; selain dari para ulama’ tempatan serata nusantara.
JADUALPROGRAM DAN MAJLIS2 SEMPENA PERINGATAN KEWAFATAN IMAM
JADUALPROGRAM DAN MAJLIS2 SEMPENA PERINGATAN KEWAFATAN IMAM
Tarikh | 29 September, 2011 | 30 September, 2011 | 1 October, 2011 | 2 October, 2011 | 3 October, 2011 | |
Hari | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad | Isnin | |
Alor Setar (Masjid Al-Bukhary) | Kangar (Masjid Maahad Imam Nawawi, Kg Abi Padang Machang) | Pulau Pinang (Masjid Kapitan Keling) | ||||
Tempat | USJ9 (Masjid Al Falah) | Maran (Masjid Asyakirin) | ||||
atau | Kuala Terengganu (Madrasah Al-Hidayah, Batu Buruk) | Kuala Terengganu (Masjid Putih) | Cukai (Masjid Geliga) | Mersing (Masjid Bandar Mersing) | ||
Bandar | Seremban (Masjid Bandar Baru Senawang) | Batu Pahat (Masjid Sultan) | Johor Baru (Masjid Wadi Hassan) | |||
Miri (Masjid Darul Ehsan) | Kota Kinabalu (Masjid Bandaraya) | |||||
Tarikh | 5 October, 2011 | 6 October, 2011 | 7 October, 2011 | 8 October, 2011 | ||
Hari | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | ||
Kota Baru (Masjid Mukim Mulong, Nilam Puri) | Kota Baru (Masjid Salor, Pasir Mas) | Shah Alam (Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah) | ||||
Tempat | Sandakan (Masjid Datuk Pengiran Galpam, Batu 7) | Tawau (Masjid Habib Abdulrahman Aledrus) | ||||
atau | Melaka (Maahad Baitul Qurra') | Kuala Lumpur (Masjid Baitulaman) | ||||
Bandar | Jenderam (Yayasan Al-jenderami) | Kuala Lumpur (Masjid Al-Bukhary) | Manjung, Perak (Masjid Alang Iskandar, Seri Manjung) | |||
Kuantan (Masjid Sg Karang Darat) | Segamat (Masjid Jamek) | |||||
Tempat dan tarikh sudah dipastikan | ||||||
Program Tambahan Seminar Pengenalan Cara Hidup BaAlawi (Jam 10:00 pg - 12:30 tgh) | ||||||
Tempat dan tarikh sudah dipastikan | ||||||
Peringatan: Dimaklumkan bahawa ada kemungkinan pertukaran berlaku atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan |